Friday, December 31, 2010

Bagaimana Memulakan Hari Dengan Madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta bertemu lagi,

Segala pujian hanya bagi Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulillah saw, sahabat serta ahli keluarga baginda.

Pada pagi Jumaat yang mulia ini, terlintas di benak fikiranku untuk mengirim satu lagi bahan untuk dikongsi bersama. Rutin harian selalunya bermula dengan solat subuh dan tilawah al-Quran, kebiasaannya diiringi bersama dengan meRuqyah madu dan minyak zaitun yang akan diminum selepas solat, terbaik mengamalkan madu semasa perut kosong, dalam keadaan masih berwuduk, bersimpuh di atas lantai, sudah bersiwak dan mengadap kiblat. Setelah selesai meRuqyah madu dan minyak zaitun tersebut lalu Bismillah dimulakan dan niat untuk kesihatan dan kesembuhan daripada semua penyakit zahir dan batin ditanam di dalam hati, selawat kepada baginda SAW dizahirkan tiga kali dengan penuh harapan dan disudahi dengan membaca Ummul Furqan surah Al-Fatihah kemudian 2 sudu madu diteguk dan ditelan perlahan-lahan dan disusuli dengan madu yang masih di dalam simpanan. Alhamdulillah, selain dapat mengamalkan dan mendapatkan kebaikan madu beberapa pahala sunnah yang diniat untuk diamalkan turut didapati, kerana menurut guruku beza antara orang kafir dan orang Islam terletak kepada perkara-perkara adab seperti itu. Orang bukan Islam lagi hebat mengamalkan madu dalam kehidupan harian mereka tetapi mereka hanya mendapat khasiat setakat kebaikan madu itu sahaja. Namun sebagai seorang Muslim, amalan madu disertakan dengan niat untuk mengikut sunnah, mengikut adab-adab yang diunjurkan oleh Rasulullah saw bukan sahaja mendatangkan pahala malah keberkatan dalam mengamalkannya, InsyaAllah kesannya bukan sahaja untuk tubuh badan kita tetapi terkesan untuk roh juga. Kesimpulannya penting untuk mengamalkan sesuatu mengikut syara' dan sunnah.

Cuba hayati hadith berikut:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:


Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Setelah itu terasa ingin bersarapan pagi lalu ke dapur membancuh minuman yang selalu daku minum pada setiap pagi iaitu Kopi Ibnu Sina, ramuan kopi yang mempunyai kandungan herba yang sangat baik untuk kesihatan samada untuk kesihatan salur pernafasan, salur pemakanan dan organ pembiakan. Hal yang demikian bahan utama yang terdapat di dalam kopi tersebut adalah seperti Habbatus Sauda dan ramuan utama Hindiba... apa yang hebat sangat dengan herba ini?

 Berkata Ibnu Sina: Hindiba’ dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan, (kepanasan, kemerahan kerongkong) dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba’ merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut. (Kitab Al-Qanun fi al-Tib m.s. 550)

Sarapan istiwewa : Pan cake dengan Madu dan Pisang

Apakata saya berkongsi menu sarapan pada kali ini iaitu lempeng dengan pisang dan madu memandangkan terdapat pisang dan madu asli dalam simpanan.


Bahan-bahan
250      gm     tepung gandum dan secubit garam diayak bersama
30        gm     gula kastor
2          biji     telur ayam
500      ml      susu segar / susu penuh krim
60       g         marjerin dicairkan

Kaedah menyediakan
  1. Tepung dimasukkan ke dalam satu bekas, masukkan telur dan gula kastor
  2. Putar dengan pemutar telur sambil menuangkan susu. Kacau adunan sehingga sebati.
  3. Tuangkan marjerin cair, dikacau lagi dan rehatkan adunan.
  4. Panaskan kuali leper (pan), sapukan dengan sedikit minyak zaitun, tuangkan adunan dan masak hingga kekuningan.
  5. Hiris pisang dan atur diatas penkek, tuangkan madu asli (MASLI) dan boleh dinikmati bersama buahan dan jem lain.
 Jika anda malas hendak menyediakan penkek tersebut masih ingat lebihan oat dan jogurt untuk rawatan wajah anda, gunakan untuk sarapan anda, mudah sahaja sediakan oat masukkan pisang dan tuangkan madu. Nikmati sarapan cara saya dengan Kopi Ibnu Sina.

Pada awal meminum kopi Ibnu Sina, rasanya agak pahit kerana kandungan kopi, habbatus sauda dan hindiba seakan-akan meminum makjun, tetapi setelah ditambah dengan sedikit madu asli rasanya sangat sedap lagi berkhasiat. Tambahan pula kebiasaannya minuman yang baik dan berkhasiat jarang sedap dan manis kecuali MADU.

*Madu tempatan untuk ditambah dalam makanan dan minuman saya sering gunakan madu tempatan kerana harganya lebih murah, untuk bekalan madu tempatan saya dapatkan daripada pelajar-pelajar Pondok Pasir Tumboh, jika anda ingin pesan madu tersebut boleh hubungi atau memberi pesanan kepada saya.

Monday, December 27, 2010

Rawatan Muka Menggunakan Madu Asli

Rawat dan Lindungi : Madu dan Oat


Segala pujian hanya bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw, semoga kesejukan rahmat Illahi sentiasa menyelubungi kalian dan saya setiap masa. Kali ini, ingin juga saya cuba berkongsi beberapa ramuan dan resepi dalam memaksimakan penggunaan madu secara semulajadi.

Penjagaan wajah pada dewasa ini menjadi kebiasaan samada bagi lelaki dan perempuan, namun kebanyakan produk yang dijual di pasaran perlu dicuba sehingga menemukan produk yang sesuai dan berkesan kepada seseorang. Dengan pendekatan semulajadi yang kita yakini sentiasa memberikan hasil yang baik maka saya ingin berkongsi satu kaedah penjagaan muka yang mudah dan semulajadi. 

Bahan-bahannya ialah:
  1. 1 sudu besar Madu Asli
  2. 1 sudu kecil Yogurt Perasa Asli (Plain Yogurt)
  3. 1 sudu besar Oat (dihancurkan atau boleh menggunakan tepung Oat)
Jadi semestinya bahan-bahan tersebut mudah di dapati di dapur anda. Semasa anda menikmati Oat atau yogurt apa kata ada simpan satu sudu besar setiap bahan tersebut bagi menjadikan bahan (mask) rawatan wajah anda.

Cara-caranya mudah sahaja, selepas mencuci* wajah anda anda hanya perlu campurkan semua bahan-bahan tersebut dan sapukan pada wajah anda setiap hari (jika mahu @ berpatutan di lakukan 2 kali seminggu, saranan saya Isnin dan Khamis) sebelum anda tidur. Jika anda ingin membiarkan sepanjang anda tidur pastikan rumah anda atau tempat tidur anda bebas daripada semut atau serangga. Anda tidak mahu ada tambahan lain di dalam mask anda. Minimum anda perlu membiarkan bahan tadi di muka anda selama 15 hingga 20 minit. 


Ingin juga saya kongsikan tips yang semulajadi mencuci wajah anda. Semestinya anda kenal akan buah tiin atau (Fig), anda hanya perlu hancurkan buah tiin (fig) segar ataupun yang dipaketkan (paste) dengan minyak zaitun dan urutkan pada wajah anda dengan buah tiin yang dibelah dua (jika tiada boleh terus melumurkan campuran tadi), butir-butir halus di dalam buah tiin (fig) akan menjadi scrub yang semulajadi. Buah tin seperti yang di sebut di dalam al-quran mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi, vitamin, dan ciri-ciri 'humectant' iaitu bahan-bahan yang memberi kelembapan. Manakala minyak zaitun pula bertindak sebagai bahan yang menghasilkan semula sel-sel dan merawat serta mencegah daripada kesan buruk sinar matahari.
Kenapa saya memilih oat?

Kebaikan oat bukan sahaja dapat digunakan untuk mengawal obesiti atau masalah kolesterol dan jantung, di dalam kiriman kali ini saya memilih oat kerana kaya dengan beta glutant dan serat yang merangsang dan membaiki sel-sel yang rosak serta mengurangkan kedutan di wajah. Tambahan pula ianya kaya dengan sumber seperti kalsium, iron, magnasium, folacin dan vitamin E, thiamin, niacin, riboflavin dan vitamin B.

Bagaimana pula dengan madu?
Semestinya anda boleh menggunakan berbagai jenis madu mengikut kesukaan anda - tempatan mahupun yang diimport dari luar negara, cuma pada pandangan saya madu tempatan mempunyai terutama bau yang agak masam kerana kandungan citrat dan air yang agak tinggi. Mungkin anda tidak berasa selesa dengan bau tersebut berbanding jika anda meminumnya, tambahan pula madu tempatan biasanya akan masam dalam masa seminggu tetapi masih boleh diminum (perubahan rasa sahaja). Saya mencadangkan anda menggunakan madu asli daripada negara timur tengah seperti Madu dari Iran kerana harganya yang agak murah dan mempunyai bau yang hampir neutral, warnanya juga agak cerah berbanding dengan madu tempatan yang biasa kita dapati. Di dalam ramuan ini madu mempunyai kandungan vitamin yang banyak serta bahan hidrasi (pelembab) yang tinggi serta bahan yang menghasilkan sel-sel baru dengan baik. 

* Saya mencadangkan anda menggunakan Masli daripada Syarikat PRM global kerana madu asli ini pekat, tahan lama dan bau yang hampir kepada neutral. 

 Saya juga membekalkan minyak zaitun (extra virgin) Sahl Al-Sham 500 ml dengan harga RM 30.00.

Saya akan kembali dengan kiriman yang menarik akan datang. Terima kasih di atas sokongan dan perhatian anda semua.

Selamat mencuba..


Saturday, December 25, 2010

Madu Untuk Pesakit Diebetes? Ya

Benarkah, madu boleh diamalkan oleh pesakit diebetes? 


Segala pujian hanya bagiNya penyembuh segala duka dan nestapa, Dialah Penyembuhku dan penyembuh kalian semua. Persoalan di atas terbit hasil daripada pertanyaan seorang sahabat berkaitan dengan pesakit diebetes dan pengamalan madu, beliau bertanya "jika pesakit diabetik ingin ambil madu sebagai makanan tambahan harianya..berapakah kuantiti yang harus ambil olehnya dan adakah CBS dia akan meningkat secara mendadak?. Jutaan terima kasih kepada beliau kerana di atas pertanyaan ini saya cuba menyingkap kata kenyataan dari sebuah artikel yang bertajuk 'The Honey Revolution - Restoring the Health of Future Generations, Ron Fessenden, MD, MPH and Mike McInnes, MRPS, WorldClassEmprise, Inc, December 2008' http://www.worldclassemprise.com/custom.aspx?id=21

Berdasarkan kenyataan berikut beliau mengatakan YA untuk penggunaan madu kepada pesakit diebetes, di awal kenyataannya beliau mengatakan yang sebenarnya penanda gula di dalam darah yang dikenali sebagai HbA1C sebenarnya menurun daripada 2 hingga 4 peratus apabila pesakit mengambil madu. Berikut seterusnya kenyataan beliau 'Research studies using humans have shown that honey consumption will result in lower blood sugar levels by as much 60 to 100 mg/dl at 60 and 90 minutes following ingestion of a comparable amount of sucrose'. 

Kenapa pula kebiasaannya bacaan menggunakan STRIP atau glukometer (penguji gula dalam darah) menggunakan hujung jari menunjukkan peningkatan yang mendadak? Kelemahan strip glucometer adalah mengesan kesemua jenis gula yang ada di dalam darah, dengan sebab itu apabila seseorang mengambil madu dan diuji darahnya selepas beberapa ketika menunjukkan peningkatan bacaan gula di dalam darah, walaubagaimanapun sebenarnya apabila darah di ambil daripada vena (vein) dan diuji HbA1C menunjukkan penurunan (normal) gula di dalam darah sama seperti yang dikatakan oleh Dr Ron, cuma kenyataan saya mengenai perbandingan ujian menggunakan kaedah strip dan ujian darah melalui vein tidak dapat dibandingkan kerana tidak mempunyai data rasmi berkaitan dengan  keputusan menggunakan STRIP glucometer. 


Kita ingin membincangkan juga apakah maksud lain artikel yang dikeluarkan oleh Dr Ron itu tadi, pada pandangan saya beliau ingin mencadangkan diet pemanis menggunakan madu 100% oleh orang ramai dan kebanyakan pesakit diebetes. Hal ini kerana sejauh mana pesakit diebetes dapat mengelak penggunaan gula komplek seperti gula tebu yang sukar dileraikan rantai molekulnya berbanding penggunaan madu yang mudah dicernakan disamping memberi manfaat lain iaitu penyembuhan. Jika kita cuba membuat perbandingan sejauh manakah penggunaan madu oleh negara kita berbanding negara maju seperti Amerika dan sebagainya cuba lihat kebanyakan bahan masakan dan minuman mereka terdiri daripada madu. Bukan tujuan saya untuk mencemuh anda semua, sebaliknya mengembalikan semula kebaikan anjuran agama kepada kita semula. 

Saya menjawab juga berapa banyak dan kerap perlu mengambil madu?
Seperti yang diamalkan dan selalu dianjurkan oleh guru-guru saya dan pengamal madu lain, pengambilan madu untuk tujuan amalan seharian cukuplah sekadar 2 sudu besar 2 kali sehari iaitu beberapa jam sebelum mengambil sarapan pagi dan beberapa jam sebelum tidur. Di antaranya boleh diselangkan dengan pengambilan madu sebagai pemanis makanan dan minuman. Nampaknya Dr Ron juga bersetuju dengan kaedah yang kami gunakan, kata beliau " three to five tablespoons of honey a day is sufficient.  A good regimen to follow is to consume a tablespoon or two of honey in the morning with fruit or yogurt (diabetics should avoid “low-fat” yogurt as it contains HFCS) or cereal.  Another tablespoon should be consumed at bedtime to insure restorative sleep.  In between, another one or two tablespoons can be ingested with fruit snacks, in baked goods, or as used in cooking.  In addition, honey is an excellent fuel when eaten twenty to thirty minutes prior to exercise.' 
Akhir kata daripada beliau " Dr. David Baer, from the USDA Human Nutrition Research Center stated at the First International Symposium on Honey and Human Health in January 2008, “Experimental evidence suggests that consumption of honey compared to other sweeteners may improve blood sugar control and insulin sensitivity.”   Honey is indeed the sweetener of choice for diabetics. "

* Produk madu syarikat PRM Global amat terkenal dengan rawatan madu yang dikendalikan di beberapa buah negeri, mereka mempunyai testimoni-testimoni yang mana kini telah sembuh dan merupakan ahli serta pengguna setia produk seperti MASAD GOLD, MASAD, MASLI dan Masad Cafe, kaedah perawatan menggunakan produk syarikat ini berbeza dari jenis penyakit kepada tambahan rawatan lain seperti bekam  (kes-kes yang lebih teruk seperti kanser dll), ruqyah dan lain-lain menurut kaedah perawat. InsyaAllah mujarab...

 

Kenapa Perlu Ambil Madu?


Assalamualaikum dan salam sejahtersa... semoga sentiasa berada di dalam afiat dan lindungan Allah swt...

Sepatutnya kiriman kali ini di dahulukan sebelum kiriman-kiriman yang lain, mungkin ramai di luar sana yang tertanya-tanya kenapa perlu mengambil madu sebagai makanan tambahan seperti kita mengambil vitamin dan mineral seperti Vitamin C dan sebagainya. Saya pasti semua orang sudah mengetahui kelebihan dan kehebatan madu seperti yang diterangkan di dalam banyak blog dan semestinya meyakini nas yang difirmankan di dalam Al-Quran berkaitan madu. Ramai yang mengemukakan soalan kenapa kita perlukan mengamalkan madu. Ada yang menyatakan, "Kami masih muda, tidak perlu kepada supplement mahupun madu" ada juga yang mengatakan "Saya masih sihat dan tidak memerlukan madu".

Bukankah kita tahu mencegah lebih baik daripada mengubati!

Dewasa ini, kita terdedah dengan berbagai risiko yang boleh memudaratkan kesihatan samada secara fizikal ataupun mental. Hiruk pikuk bandar dan tekanan pekerjaan dan kehidupan menjadikan taraf kesihatan seseorang individu menurun dan merosot. Cuba lihat sahaja di dalam makanan berapa banyak bahan kimia dan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti bahan perasa, bahan pengawet dan bahan kimia.

Lihat pula kebelakangan ini cuaca yang melanda dunia, perlbagai penyakit boleh menimpa manusia tanpa perlindungan. Maka berdasarkan faktor-faktor risiko sedemikian menguatkan lagi mengapa kita memerlukan makanan tambahan. Persoalan! Saya mengambil makanan tambahan berupa pil dan makanan persediaan awal seperti susu dan sebagainya! Tanya diri anda semua adakah produk demikian semulajadi dan yang lebih penting halal. Jawapan saya, jika anda memerlukan makanan tambahan seperti vitamin A, B, C dan yang lainnya kenapa anda tidak mengamalkan madu. Madu secara semulajadinya dihasilkan oleh lebah-lebah mengandungi hampir 5000 kompoun bahan-bahan mineral. Contoh di sini, Vitamin A satu kompaun, vitamin B satu kompaun, dan anda memerlukan 2 jenis tablet yang berasingan untuk memenuhi kekurangan mineral demikian sedangkan apabila anda mengambil madu sebanyak 5000 kompaun telah diserap oleh sel-sel badan anda. Jadi di sini secara asanya saya telah menerangkan kenapa anda perlu mengamalkan madu.

Seterusnya, ada yang memberi maklum balas kepada saya yang tidak menemui hasil apabila mengambil madu. Saya bertanya kepada beliau, "Berapa botol dah ambil madu?" beliau menjawab "sebotol yang beli hari itu la!" Saya terangkan kepada beliau yang madu perlu diambil secara istiqomah (berterusan) terlebih baik lagi kiat niat Lillahitaala untuk mengamalkan madu kerana mengikut sunnah dan bukan sekadar untuk merawat penyakit yang melanda, dengan kata lain apabila sembut maka pengambilan madu dihentikan.

Tidak kira madu jenis apa yang anda ambil, samada madu tempatan, madu luar negara, asalkan madu tersebut asli. Untuk menentukan keaslian madu akan saya kongsikan melalui kiriman-kiriman yang lain. Jenis madu yang sesuai dengan anda pada pandangan ramai orang ialah madu yang bersarang dekat dengan rumah kita atau pengeluar madu yang paling hampir dengan kita, bergantung kepada anda untuk memilih madu yang ingin anda amalkan. Tambahan pula niat kita adalah untuk mengamalkan madu dan tidak putus madu, sememangnya ekonomi kita berbeza-beza jadi terserah kepada niat anda untuk memilih madu anda. Tidak semestinya madu yaang termahal dapat menyembuhkan penyakit seseorang (dalam hal menyembuhkan penyakit). Pengalaman rakan saya dalam mengubati penyakit beliau menggunakan madu termahal membuktikan bahawa bukan semua madu sesuai dengan kita. Blog ini hanya mencadangkan beberapa syarikat yang membekalkan madu dan secara langsungnya memberi jaminan kepada keaslian madu-madu tersebut, itu sahaja.

Saya sebagai seorang pelajar memiliki sumber kewangan yang agak kecil, jadi sebagai meneruskan niat untuk mengamalkan madu sebagai asbab mengamalkan sunnah dalam menjaga kesihatan, saya mengamalkan beberapa madu yang agak sesuai dengan saya iaitu dalam lingkungan RM 50 sebulan, jadi saya memilih madu daripada Syarikat Perniagaan Qurba dan PRM sebagai pilihan saya. Untuk meneruskan kapasiti enggunaan madu saya menggunakan madu asli tempatan yang lebih murah untuk minuman harian saya. Buat masa sekarang saya mengambil Li Khamsatun iaitu gabungan Madu Asli dengan 20 jenis herba pilihan berdasarkan kitab perubatan islam. Akan saya kongsikan pengalaman mengambil Li Khamsatun dalam kiriman saya akan datang.

Sudahkah anda mengamalkan madu? Dapatkan madu anda? Kembangkan ekonomi Islam...

Saya menantkan maklum balas / pesanan / pertanyaan pembaca semua.....

Apa pandanganku? Madu Minda

Pengenalan

“FAQEH” Madu Minda adalah makanan kecerdasan minda, membina akal yang cemerlang. Memahami tentang kepentingan akal anugerah Allah yang terpenting kepada manusia, maka syarikat kami “PERNIAGAAN QURBA” berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan kecerdasan minda yang bersumberkan daripada Al-Quran, Al-Sunnah, Kitab Ulama, Perubatan Islam serta semua saluran maklumat moden terkini.

Kami menemui dua belas nas atau dalil bahan makanan khusus untuk otak yang cerdas. inilah dua belas rahsia kenapa Ulama Islam terdahulu dapat menghafal Al-Quran dan beribu hadis sejak kecil serta bijak beriitihad. Dua belas bahan makanan ini kami gabungkan bersama madu asli bermutu dari negara Islam kami Iran dalam bentuk cecair madu, tanpa sebarang bahan pengawet. Madu ini sedap dan mudah dimakan oleh kanak-kanak membesar dari satu tahun hingga orang dewasa lanjut usia.


KHASIAT “FAQEH” MADU MINDA
Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat. Untuk pelajar rendah, menengah, universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif berdaya saing. Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.

Pengalaman Menggunakan Madu Minda




Alhamdulillah, dikesempatan ini dapat saya berkongsi pengalaman menggunakan Madu Minda daripada Syarikat Pernigaan Qurba. Selain khasiat yang banyak yang amat baik untuk minda, pada awalnya Madu Minda sesuai diambil pertama sekali kerana sebagai pelajar dengan pemakanan yang kurang berkhasiat dan terdedah dengan makanan yang kurang berkhasiat, madu minda memberikan secara nutrisi semua vitamin dan zat yang diperlukan oleh badan dan khususnya sebagai vitamin minda yang berkesan. Kesan, secara peribadi dan maklum balas daripada rakan-rakan sekuliah yang turun mengamalkannya merasakan kurang mengantuk, bertenaga sepanjang hari dan dapat bangun pagi dengan mudah. Secara tidak langsung apabila mudah bangun pagi, kurang rasa mengantuk dan sentiasa bertenaga memberi ruang dan peluang untuk menelaah pelajaran. 

Dari segi rasa pula, walaupun ianya diramuankan dengan 12 herba minda terpilih, rasanya amat sedap dan terasa seperti ada rasa pudina (berangin) walaupun tiada bahan mint dimasukkan. Saya mengambil Madu Minda 2 kali setiap hari iaitu pada sebelah pagi (30 minit sebelum sarapan) dan sebelum tidur pada sebelah malam dengan melarutkan dengan air suam dan dihirup sedikit demi sedikit. Seperti yang diajarkan oleh Ustaz Jamil dari Syarikat ini, adap meminum madu seperti biasa niat untuk kecerdasan minda dan kesihatan, Selawat 3 kali dan membaca al-fatihah sekali, tambahan pula saya turut mengamalkan beberapa sunnah yang diajar oleh rakan tabligh iaitu dengan mengambilnya secara duduk di bawah (lantai) dan mengadap kiblat. Alhamdulillah, niat nak minum madu untuk kesihatan dan kecerdasan minda mendatangkan beberapa kebaikan baik dari sunnah-sunnah nabi saw. Semoga diberkati...http://www.qurba.com.my/faqeh_maduminda.html

Harga


Semenanjung Malaysia       RM 43.00
Sabah Sarawak                  RM 45.00


Friday, December 24, 2010

Apitherapy

Apiterapi adalah perubatan yang menggunakan produk-produk madu.Ini termasuklah penggunaan madu, pollen, sarang lebah, propolois (ratu lebah), royal jelly dan sengat lebah.