Saturday, December 25, 2010

Kenapa Perlu Ambil Madu?


Assalamualaikum dan salam sejahtersa... semoga sentiasa berada di dalam afiat dan lindungan Allah swt...

Sepatutnya kiriman kali ini di dahulukan sebelum kiriman-kiriman yang lain, mungkin ramai di luar sana yang tertanya-tanya kenapa perlu mengambil madu sebagai makanan tambahan seperti kita mengambil vitamin dan mineral seperti Vitamin C dan sebagainya. Saya pasti semua orang sudah mengetahui kelebihan dan kehebatan madu seperti yang diterangkan di dalam banyak blog dan semestinya meyakini nas yang difirmankan di dalam Al-Quran berkaitan madu. Ramai yang mengemukakan soalan kenapa kita perlukan mengamalkan madu. Ada yang menyatakan, "Kami masih muda, tidak perlu kepada supplement mahupun madu" ada juga yang mengatakan "Saya masih sihat dan tidak memerlukan madu".

Bukankah kita tahu mencegah lebih baik daripada mengubati!

Dewasa ini, kita terdedah dengan berbagai risiko yang boleh memudaratkan kesihatan samada secara fizikal ataupun mental. Hiruk pikuk bandar dan tekanan pekerjaan dan kehidupan menjadikan taraf kesihatan seseorang individu menurun dan merosot. Cuba lihat sahaja di dalam makanan berapa banyak bahan kimia dan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti bahan perasa, bahan pengawet dan bahan kimia.

Lihat pula kebelakangan ini cuaca yang melanda dunia, perlbagai penyakit boleh menimpa manusia tanpa perlindungan. Maka berdasarkan faktor-faktor risiko sedemikian menguatkan lagi mengapa kita memerlukan makanan tambahan. Persoalan! Saya mengambil makanan tambahan berupa pil dan makanan persediaan awal seperti susu dan sebagainya! Tanya diri anda semua adakah produk demikian semulajadi dan yang lebih penting halal. Jawapan saya, jika anda memerlukan makanan tambahan seperti vitamin A, B, C dan yang lainnya kenapa anda tidak mengamalkan madu. Madu secara semulajadinya dihasilkan oleh lebah-lebah mengandungi hampir 5000 kompoun bahan-bahan mineral. Contoh di sini, Vitamin A satu kompaun, vitamin B satu kompaun, dan anda memerlukan 2 jenis tablet yang berasingan untuk memenuhi kekurangan mineral demikian sedangkan apabila anda mengambil madu sebanyak 5000 kompaun telah diserap oleh sel-sel badan anda. Jadi di sini secara asanya saya telah menerangkan kenapa anda perlu mengamalkan madu.

Seterusnya, ada yang memberi maklum balas kepada saya yang tidak menemui hasil apabila mengambil madu. Saya bertanya kepada beliau, "Berapa botol dah ambil madu?" beliau menjawab "sebotol yang beli hari itu la!" Saya terangkan kepada beliau yang madu perlu diambil secara istiqomah (berterusan) terlebih baik lagi kiat niat Lillahitaala untuk mengamalkan madu kerana mengikut sunnah dan bukan sekadar untuk merawat penyakit yang melanda, dengan kata lain apabila sembut maka pengambilan madu dihentikan.

Tidak kira madu jenis apa yang anda ambil, samada madu tempatan, madu luar negara, asalkan madu tersebut asli. Untuk menentukan keaslian madu akan saya kongsikan melalui kiriman-kiriman yang lain. Jenis madu yang sesuai dengan anda pada pandangan ramai orang ialah madu yang bersarang dekat dengan rumah kita atau pengeluar madu yang paling hampir dengan kita, bergantung kepada anda untuk memilih madu yang ingin anda amalkan. Tambahan pula niat kita adalah untuk mengamalkan madu dan tidak putus madu, sememangnya ekonomi kita berbeza-beza jadi terserah kepada niat anda untuk memilih madu anda. Tidak semestinya madu yaang termahal dapat menyembuhkan penyakit seseorang (dalam hal menyembuhkan penyakit). Pengalaman rakan saya dalam mengubati penyakit beliau menggunakan madu termahal membuktikan bahawa bukan semua madu sesuai dengan kita. Blog ini hanya mencadangkan beberapa syarikat yang membekalkan madu dan secara langsungnya memberi jaminan kepada keaslian madu-madu tersebut, itu sahaja.

Saya sebagai seorang pelajar memiliki sumber kewangan yang agak kecil, jadi sebagai meneruskan niat untuk mengamalkan madu sebagai asbab mengamalkan sunnah dalam menjaga kesihatan, saya mengamalkan beberapa madu yang agak sesuai dengan saya iaitu dalam lingkungan RM 50 sebulan, jadi saya memilih madu daripada Syarikat Perniagaan Qurba dan PRM sebagai pilihan saya. Untuk meneruskan kapasiti enggunaan madu saya menggunakan madu asli tempatan yang lebih murah untuk minuman harian saya. Buat masa sekarang saya mengambil Li Khamsatun iaitu gabungan Madu Asli dengan 20 jenis herba pilihan berdasarkan kitab perubatan islam. Akan saya kongsikan pengalaman mengambil Li Khamsatun dalam kiriman saya akan datang.

Sudahkah anda mengamalkan madu? Dapatkan madu anda? Kembangkan ekonomi Islam...

Saya menantkan maklum balas / pesanan / pertanyaan pembaca semua.....

No comments:

Post a Comment