Monday, December 27, 2010

Rawatan Muka Menggunakan Madu Asli

Rawat dan Lindungi : Madu dan Oat


Segala pujian hanya bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw, semoga kesejukan rahmat Illahi sentiasa menyelubungi kalian dan saya setiap masa. Kali ini, ingin juga saya cuba berkongsi beberapa ramuan dan resepi dalam memaksimakan penggunaan madu secara semulajadi.

Penjagaan wajah pada dewasa ini menjadi kebiasaan samada bagi lelaki dan perempuan, namun kebanyakan produk yang dijual di pasaran perlu dicuba sehingga menemukan produk yang sesuai dan berkesan kepada seseorang. Dengan pendekatan semulajadi yang kita yakini sentiasa memberikan hasil yang baik maka saya ingin berkongsi satu kaedah penjagaan muka yang mudah dan semulajadi. 

Bahan-bahannya ialah:
  1. 1 sudu besar Madu Asli
  2. 1 sudu kecil Yogurt Perasa Asli (Plain Yogurt)
  3. 1 sudu besar Oat (dihancurkan atau boleh menggunakan tepung Oat)
Jadi semestinya bahan-bahan tersebut mudah di dapati di dapur anda. Semasa anda menikmati Oat atau yogurt apa kata ada simpan satu sudu besar setiap bahan tersebut bagi menjadikan bahan (mask) rawatan wajah anda.

Cara-caranya mudah sahaja, selepas mencuci* wajah anda anda hanya perlu campurkan semua bahan-bahan tersebut dan sapukan pada wajah anda setiap hari (jika mahu @ berpatutan di lakukan 2 kali seminggu, saranan saya Isnin dan Khamis) sebelum anda tidur. Jika anda ingin membiarkan sepanjang anda tidur pastikan rumah anda atau tempat tidur anda bebas daripada semut atau serangga. Anda tidak mahu ada tambahan lain di dalam mask anda. Minimum anda perlu membiarkan bahan tadi di muka anda selama 15 hingga 20 minit. 


Ingin juga saya kongsikan tips yang semulajadi mencuci wajah anda. Semestinya anda kenal akan buah tiin atau (Fig), anda hanya perlu hancurkan buah tiin (fig) segar ataupun yang dipaketkan (paste) dengan minyak zaitun dan urutkan pada wajah anda dengan buah tiin yang dibelah dua (jika tiada boleh terus melumurkan campuran tadi), butir-butir halus di dalam buah tiin (fig) akan menjadi scrub yang semulajadi. Buah tin seperti yang di sebut di dalam al-quran mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi, vitamin, dan ciri-ciri 'humectant' iaitu bahan-bahan yang memberi kelembapan. Manakala minyak zaitun pula bertindak sebagai bahan yang menghasilkan semula sel-sel dan merawat serta mencegah daripada kesan buruk sinar matahari.
Kenapa saya memilih oat?

Kebaikan oat bukan sahaja dapat digunakan untuk mengawal obesiti atau masalah kolesterol dan jantung, di dalam kiriman kali ini saya memilih oat kerana kaya dengan beta glutant dan serat yang merangsang dan membaiki sel-sel yang rosak serta mengurangkan kedutan di wajah. Tambahan pula ianya kaya dengan sumber seperti kalsium, iron, magnasium, folacin dan vitamin E, thiamin, niacin, riboflavin dan vitamin B.

Bagaimana pula dengan madu?
Semestinya anda boleh menggunakan berbagai jenis madu mengikut kesukaan anda - tempatan mahupun yang diimport dari luar negara, cuma pada pandangan saya madu tempatan mempunyai terutama bau yang agak masam kerana kandungan citrat dan air yang agak tinggi. Mungkin anda tidak berasa selesa dengan bau tersebut berbanding jika anda meminumnya, tambahan pula madu tempatan biasanya akan masam dalam masa seminggu tetapi masih boleh diminum (perubahan rasa sahaja). Saya mencadangkan anda menggunakan madu asli daripada negara timur tengah seperti Madu dari Iran kerana harganya yang agak murah dan mempunyai bau yang hampir neutral, warnanya juga agak cerah berbanding dengan madu tempatan yang biasa kita dapati. Di dalam ramuan ini madu mempunyai kandungan vitamin yang banyak serta bahan hidrasi (pelembab) yang tinggi serta bahan yang menghasilkan sel-sel baru dengan baik. 

* Saya mencadangkan anda menggunakan Masli daripada Syarikat PRM global kerana madu asli ini pekat, tahan lama dan bau yang hampir kepada neutral. 

 Saya juga membekalkan minyak zaitun (extra virgin) Sahl Al-Sham 500 ml dengan harga RM 30.00.

Saya akan kembali dengan kiriman yang menarik akan datang. Terima kasih di atas sokongan dan perhatian anda semua.

Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment