Friday, December 31, 2010

Bagaimana Memulakan Hari Dengan Madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta bertemu lagi,

Segala pujian hanya bagi Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulillah saw, sahabat serta ahli keluarga baginda.

Pada pagi Jumaat yang mulia ini, terlintas di benak fikiranku untuk mengirim satu lagi bahan untuk dikongsi bersama. Rutin harian selalunya bermula dengan solat subuh dan tilawah al-Quran, kebiasaannya diiringi bersama dengan meRuqyah madu dan minyak zaitun yang akan diminum selepas solat, terbaik mengamalkan madu semasa perut kosong, dalam keadaan masih berwuduk, bersimpuh di atas lantai, sudah bersiwak dan mengadap kiblat. Setelah selesai meRuqyah madu dan minyak zaitun tersebut lalu Bismillah dimulakan dan niat untuk kesihatan dan kesembuhan daripada semua penyakit zahir dan batin ditanam di dalam hati, selawat kepada baginda SAW dizahirkan tiga kali dengan penuh harapan dan disudahi dengan membaca Ummul Furqan surah Al-Fatihah kemudian 2 sudu madu diteguk dan ditelan perlahan-lahan dan disusuli dengan madu yang masih di dalam simpanan. Alhamdulillah, selain dapat mengamalkan dan mendapatkan kebaikan madu beberapa pahala sunnah yang diniat untuk diamalkan turut didapati, kerana menurut guruku beza antara orang kafir dan orang Islam terletak kepada perkara-perkara adab seperti itu. Orang bukan Islam lagi hebat mengamalkan madu dalam kehidupan harian mereka tetapi mereka hanya mendapat khasiat setakat kebaikan madu itu sahaja. Namun sebagai seorang Muslim, amalan madu disertakan dengan niat untuk mengikut sunnah, mengikut adab-adab yang diunjurkan oleh Rasulullah saw bukan sahaja mendatangkan pahala malah keberkatan dalam mengamalkannya, InsyaAllah kesannya bukan sahaja untuk tubuh badan kita tetapi terkesan untuk roh juga. Kesimpulannya penting untuk mengamalkan sesuatu mengikut syara' dan sunnah.

Cuba hayati hadith berikut:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:


Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Setelah itu terasa ingin bersarapan pagi lalu ke dapur membancuh minuman yang selalu daku minum pada setiap pagi iaitu Kopi Ibnu Sina, ramuan kopi yang mempunyai kandungan herba yang sangat baik untuk kesihatan samada untuk kesihatan salur pernafasan, salur pemakanan dan organ pembiakan. Hal yang demikian bahan utama yang terdapat di dalam kopi tersebut adalah seperti Habbatus Sauda dan ramuan utama Hindiba... apa yang hebat sangat dengan herba ini?

 Berkata Ibnu Sina: Hindiba’ dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan, (kepanasan, kemerahan kerongkong) dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba’ merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut. (Kitab Al-Qanun fi al-Tib m.s. 550)

Sarapan istiwewa : Pan cake dengan Madu dan Pisang

Apakata saya berkongsi menu sarapan pada kali ini iaitu lempeng dengan pisang dan madu memandangkan terdapat pisang dan madu asli dalam simpanan.


Bahan-bahan
250      gm     tepung gandum dan secubit garam diayak bersama
30        gm     gula kastor
2          biji     telur ayam
500      ml      susu segar / susu penuh krim
60       g         marjerin dicairkan

Kaedah menyediakan
  1. Tepung dimasukkan ke dalam satu bekas, masukkan telur dan gula kastor
  2. Putar dengan pemutar telur sambil menuangkan susu. Kacau adunan sehingga sebati.
  3. Tuangkan marjerin cair, dikacau lagi dan rehatkan adunan.
  4. Panaskan kuali leper (pan), sapukan dengan sedikit minyak zaitun, tuangkan adunan dan masak hingga kekuningan.
  5. Hiris pisang dan atur diatas penkek, tuangkan madu asli (MASLI) dan boleh dinikmati bersama buahan dan jem lain.
 Jika anda malas hendak menyediakan penkek tersebut masih ingat lebihan oat dan jogurt untuk rawatan wajah anda, gunakan untuk sarapan anda, mudah sahaja sediakan oat masukkan pisang dan tuangkan madu. Nikmati sarapan cara saya dengan Kopi Ibnu Sina.

Pada awal meminum kopi Ibnu Sina, rasanya agak pahit kerana kandungan kopi, habbatus sauda dan hindiba seakan-akan meminum makjun, tetapi setelah ditambah dengan sedikit madu asli rasanya sangat sedap lagi berkhasiat. Tambahan pula kebiasaannya minuman yang baik dan berkhasiat jarang sedap dan manis kecuali MADU.

*Madu tempatan untuk ditambah dalam makanan dan minuman saya sering gunakan madu tempatan kerana harganya lebih murah, untuk bekalan madu tempatan saya dapatkan daripada pelajar-pelajar Pondok Pasir Tumboh, jika anda ingin pesan madu tersebut boleh hubungi atau memberi pesanan kepada saya.

2 comments:

  1. Berguna juga buku resepi mase blaja dulu kat UiTM... Basic pastry...

    ReplyDelete
  2. selain dari pan cake, ada lagi ke resepi lain yang menggunakan madu???.. nanti post lah, boleh mencuba..tq

    ReplyDelete